Wednesday, 3 September 2014

Kolagen: Bukan Sekadar Untuk Kecantikan..

 
Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Hari ini, bila kita sebut kolagen..ramai yang akan terus terbayang kulit yg gebu gebas berseri kan..Penangan kolagen utk kecantikan mmg tidak dinafikan lagi..Lambakan produk berasaskan kolagen dipasaran & produk2 kosmetik berasaskan kolegen terus menarik golongan para wanita utk membeli..Tapi adakah kita tahu apa sebenarnya fungsi kolagen? Kolagen bagaimana yang benar2 berkesan? Jom baca perenggan seterusnya utk tahu tentang kolagen..

 
Apa itu KOLAGEN?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. 
 
Kolagen terdapat pada kornea (kanta mata), kulit , salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon , rawan sendi dan gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

    • Kolagen I: Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
    • Kolagen II:Tulang rawan (komponen utama tulang rawan) , mata
    • Kolagen III: Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim.
    • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
    • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


Apakah Fungsi KOLAGEN?

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
    • Lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
    • Hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
    • Alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
    • Arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
    • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
    • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
    • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
    • menampung air dalam tubuh.
    • meningkatkan penyerapan kalsium.
    • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
    • meningkatkan isyarat induksi 
    • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Apakah Kesan  KOLAGEN Ke Atas Badan?
    • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
    • memelihara kelembapan kulit
    • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
    • menguatkan otot dan tulang
    • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
    • memelihara  kelenturan sendi
    • mengurangkan keradangan(inflammation)
    • memberi tenaga
    • membantu pola tidur
    • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
 
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kecantikan dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN
    • kulit kusam
    • tak bermaya
    • tiada seri
    • kulit kedut dan mula kendur
    • pigmentasi kulit 
    • cepat letih dan lesu
    • sakit badan dan sendi
    • mudah lupa
    • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Apakah Kelebihan SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Ingin dapatkan & mencuba Shaklee Collagen Powder??

Hubungi saya utk konsultasi & cara penjimatan untuk produk Shaklee..

Salam Sayang
Mama & Little Q
RAzila Razak
010.5369710






Monday, 25 August 2014

Double "O": Rahsia Mudah Bangun Pagi..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Hari ni mama nak share satu rahsia amalan mama untuk memudahkan bangun pagi..Sebagai ibu bekerja, mama mmg perlu manage masa mama sebaik yg mungkin..lagi pun mama akui mama mmg agak cerewet bab pemakanan anak2..mama akan pastikan anak2 mama hanya makan masakan mama sahaja walaupun di rumah babysitter..so mama wajib bangun seawal jam 4.30pg-5pg setiap hari untuk masak bekalan untuk anak2 syurga mama..

Sebagai seorang ibu yang bekerja keletihan selepas pulang dari kerja memang perkara yang tak dapat dielakkan..Lagi2 bg ibu yang bekerja di tengah2 bandaraya KL macam mama ni..Bekerja 8.30am-6pm, paling awal sampai rumah pun sesudah azan magrib..Pum pam pum pam buat kerja rumah & prepare apa yang patut dah sampai lewat malam..jam 11mlm tu paling awal la nak dapat tido & rehat..

Rutin harian yang padat, stress & kekurangan tidur yg berkualiti akan membuatkan nutrien yang kita ambil dari pemakanan seharian kita mudah termusnah..Kerana itulah supplement amat diperlukan untuk mengisi kekosongan nutrien yang diperlukan badan kita..

Sebagai wanita bekerja, isteri, & ibu kepada 2 hero yg sedang melasak..mama mmg amat memerlukan supplement..tambahan pula mama sedang fully breastfeed..Untuk membantu mama utk kekal cergas & mudah utk bangun pagi..Mama memilih Ostematrix & Omega Guard sbg pembantu @ alarm clock mama..


Kenapa OSTEMATRIX Shaklee?

Ostematrix Shaklee mengandungi keperluan kalsium & magnesium yang mencukupi untuk keperluan badan manusia..Selain dari itu, kandungan Vitamin D yang terdapat dalam Ostematrix Shaklee membantu penyerapan kalsium secara lebih optimum..Mama amalkan 4 biji ostematrix Shaklee sebelum tidur untuk mendapatkan rehat & tidur yang berkualiti..Kalsium & magnesium penting untuk saraf kita.Ianya membantu kestabilan dalam darah..Apabila perjalanan darah kita teratur,ianya memberikan kesan tidur yg lebih berkualiti & memudahkan untuk kita bangun pagi..Selain itu,mama juga sukakan Ostematrix ini kerana sejak mengamalkannya, masalah kejang (cramp) kaki yg sering mama alami dulu tidak berulang lagi..Ianya juga memberikan effect lawas setiap pagi selepas bangun dari tidur.

Kenapa OMEGA GUARD Shaklee? 

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA & EPA yang bagus untuk otak kita.Ia membantu otak kita menjadi lebih fokus. Menurut pakat nutrisi, apabila badan & minda kita letih, saraf akan membengkak & ianya akan mengakibatkan pengaliran darah menjadi tidak lancar. Ini akan menyebabkan badan akan menjadi bertambah letih. Omega berfungsi sebagai anti-inflammation dimana ia akan mengurangkan kesan bengkak pada saraf dan akan melancarkan peredaran darah..Kesannya,badan kita akan menjadi lebih ringan dan akan memudahkan kita utk bangun dari tidur.

Alhamdulillah,Supplement Shaklee banyak membantu mama lebih sihat dalam menjalani kehidupan seharian..Supplement bukan lah ubat untuk mengubati penyakit..tetapi ianya salah satu ikhtiar untuk kita untuk menjadi lebih sihat dengan mengisi lohong2 nutrien yang kosong dalam badan kita..Mama tau mama x mampu utk mengisi nutrien yang badan mama perlukan seharian dari cara pemakanan & lifestyle mama..Cara masakan,stress, bahan2 kimia dlm mknn byk mempengaruhi kehilangan nutrisi dari makanan yg diambil..Maka mama amalkan pengambilan supplement utk lengkapkan nutrisi yg badan mama perlukan..

Bagi anda yang ingin berikhtiar mcm mama..Jom pm mama skrg ..Kita berusaha..Allah SWT yg menentukan segalanya..

Salam Sayang
Mama & Little Q
Razila Razak
010.5369710


Friday, 11 July 2014

PRAY FOR GAZA : Apa peranan kita??



Assalamualaikum & Salam Jumaat Penghulu Segala Hari..

Bismillahirrahmanirrohim...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Dengan nama Allah mama mulakan entry hari ni..Sebenarnya mama tak tau bagaimana nak express apa yg mama rasa skrg ni...Sedih..sebak..simpati..mcm2 perasaan berbaur bila terkenang nasib sedara Islam mama di Gaza..2 3 hari ni mama tak mampu nak scroll timeline FB sbb hati mama x kuat nak tgk gambar anak2 kecik yang tersiksa di sana...serta merta mama akan terbayang anak2 syurga mama yg berdua tu...YA Allah..Bantulah mereka dari bebanan & kekejaman yang mereka tanggung sekian lama ini..

Di saat ada antara kita sedang leka memerhati sebiji bola direbut2 oleh pemain German & Brazil..Di saat itu bumi Gaza dibedil buat sekian kalinya...Sedang antara kita sedang lena diulit mimpi..Ada anak kecil kehilangan ibu bapa di sana...Ya Allah..kejamnya kamu wahai Israel laknatullah...musnah lah engkau..hancur lah engkau dgn kekejaman yang telah engkau lakukan..Janji Allah itu pasti..Suatu hari nnt pasti mereka akan hancur..

Sedang mama menaip ini pun..mata mama berkaca menahan sebak..tp terfikir..apakah peranan kita sebagai sedara seislam buat mereka??Mampukah kita utk pergi berjihad bersama mereka di sana..Jawapan nya pasti tak mampu kan..bukan kita tidak mahu..tp kita belum cukup kuat utk melakukannya..Hatta dgn itu bagaimana cara utk kita membantu mereka??

Mama menyeru di bulan yang mulia ini..Marilah kita tingkatkan amal kita..titipkan doa buat mereka setiap usai solat kita..Sesungguhnya doa itu senjata mukmin..Jom kita amalkan Qunut Nazilah setiap kali selepas solat...


Selain dari itu..bagi yang berkemampuan..Jom sama2 kita memberi sumbangan untuk Tabung Gaza bagi meringankan beban mereka di sana..Mungkin jumlah yg kita beri tidak byk dari kaca mata kita..tetapi mungkin dengan sumbangan dari kita itu dapat membantu mereka di sana..Mama dah..Anda bila lagi..Tak miskin pun kita kalau perbanyakkan sedekah..



Sama2 lah kita bantu saudara islam kita..Mohon lah pada Allah semoga kekejaman ini berakhir..

Salam Sayang
Razila Razak
Mama & Little Q 

Tuesday, 8 July 2014

Qayyum,Nutriferon & Demam...

 Assalamualaikum..

Minggu lepas minggu demam anak2..mula2 si adik..muntah2 & demam..Hari sabtu tetiba si abang pulak demam panas..Mama pula kena attend kelas Zero To Hero Shaklee..Terima kasih pada En Suami sy yg tolong jagakan Abg Qayyum yg demam..Lama jugak abg x demam since start bg dia Omega & mealshakes..
Selalu adik jer sbb imun system belum kuat..Masa memula demam bg ubat demam klinik bg..Tp sampai pagi isnin pun masih demam so mama decide just bg Nutriferon jer.. Mama bekalkan 1 sachet Nutriferon suruh babysitter bagi pada abg Qayyum..suruh bancuh dalam susu dia..Abg Qayyum mmg payah sikit nak mkn ubat atau supplement gitu jer..semua kena bancuh sorok2 dalam susu dia..Cuma Omega & Mealshakes jer dia ok sbb dah jadi rutin..

Alhamdulillah tghari tu call BS tanya keadaan anak2 syurga mama..BS kata si abg still melepet jer & tanak mkn langsung tp BS kata dah bg nutriferon yg mama bekalkan..Petang tu masa ambil anak2 mama tgk si abg dah segar sikit..BS kata lepas bg Nutriferon tu abg tido....lepas bgn tu terus ok..Alhamdulillah..Lepas ni mama janji akan jadikan Nutriferon sbg Imun Booster utk family & anak2 mama..Since adik pun dah setahun..dah boleh bg sikit2..Once a week utk boost imun..

Semoga anak2 mama terus sehat...In Shaa Allah..amiin..

Pada sesiapa yg nak jadikan Nutriferon sbg imun Booster family anda boleh click bawah utk order ya..Selain itu gabungan Nutriferon, Garlic & Vitamin C merupakan Set Imun Booster Terbaik dari Shaklee..

 

Order SET IMUN BOOSTER anda di sini


Untuk sebarang pertanyaan tentang product Shaklee & Keahlian Shaklee boleh hubungi mama ya..

Salam Sayang,
Razila Razak
010.5369710





Vivix: Testimoni Pengguna Berjaya..

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Ke-10

Bulan July 2014 adalah Bulan Promo Vivix Buy 6 Free 1.. So di sini mama nak share beberapa manfaat vivix & beberapa testimonidari pengguna yang telah mendapat kesan positive hasil dari consume Vivix..

Kita berikhtiar..Hanya Allah yang memberi kesembuhan..In Shaa Allah..amiinn..



Testimoni Diabetes
 
         



Testimoni Berhenti Merokok


Testimoni Stroke
 

Untuk Tempah sekarang sila klik Button di bawah..:)

 

Semoga kita semua mendapat nikmat kesihatan yang baik dari Allah SWT..In Shaa Allah..amin..

Inginkan konsultasi lanjut tentang produk Shaklee atau pertanyaan mengenai keahlian Shaklee & cara2 jana pendapatan dengan Shaklee..Hubungi mama skrg..mama sedia membantu..

Salam Sayang Dari Mama..
Razila Razak
Mama & Little Q
010.536 9710



 


Wednesday, 2 July 2014

MIGHTY TRIPLE GEM: SET BERPUASA TERLAJAK LARIS!!!!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Rasa nya belum masih belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Berpuasa buat semua..
Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan ke -3 saya berpuasa as fully breastfeed mother..
Mmg besar cabarannya..Iyer la setiap kali anak menyusu atau pump session..rasa haus & lapar tu mmg sgt terasa..Ditambah pula dengan perasaan risau susu merundum sbb berpuasa...

TAPI...saya tak risau..sbb saya amalkan SET MIGHTY TRIPLE GEM untuk membantu saya kekal cergas & bertahan sehingga ke azan magrib..Saya juga ambil bancuhan Set ini semasa berbuka puasa..Maka saya dapat kurangkan nafsu nafsi saya yang nak mkn mcm2 ketika berbuka..

Alhamdulillah penghasilan susu juga tak terjejas buat si manja saya...

Nak tau apa tu SET MIGHTY TRIPLE GEM??

Nak bertenaga & bertahan mcm saya? Jom amalkan SET ini ketika Bersahur & Berbuka puasa..

Order sekarang sebelum terlambat..Klik sini utk order...

order now








 Selamat Berpuasa
Razila Razak
010.5369710



Monday, 23 June 2014

Mind Set : Kuasa Minda Bawah Sedar Yang Kita Tidak Sedar..

Assalamualaikum & Selamat pg..



Hari ni belajar something yg br dr pengalaman sendiri..
Pentingnya mind set kita..
Kalau kita yakin boleh..pasti kita boleh..
tp bila ada jer alasan utk capai satu matlamat tu..
pasti akan ada halangan..
So berhenti dari cipta pelbagai alasan..
Alasan hanya akan membantutkan matlamat Kita

Kisahnya..

En suami last minit tau kena pergi meeting Batu Pahat hr ni..So kelam kabut dr bukak cradle petang tu dari rumah izwa..hantar anak2 gi rumah mama dulu sbb nak loading barang2 cradle..lepas tu loading brg cradle kat rumah adik..balik rumah ukay perdana amik baju utk anak2 & baju kerja sbb nak tido umah mama..Esok en suami kena gerak pukul 5pg sbb meeting kat Batu Pahat start 9am..so esok pergi kerja ngan abah dari umah mama..

Kemas punya kemas rasa mcm semua dah lengkap..Last2 masa dah sampai rumah mama baru realize susu utk Qhalief bawak ke rumah Babysitter hari ni tertinggal.Aduh..tepuk dahi..masa tu pun dah pukul 12.30am..Badan pun letih amat dah.. Nak suruh en suami balik rumah ukay blk amik kesian pulak..esok (hari ni) nak kuar kul 5 pagi..so dengan gigihnya terus pump walaupun badan sgt letih..Tp mind set fikir susu banyak..mesti cukup utk besok..kena cukupkan 3 botol 5oz utk Qhalief...Alhamdulillah since dah makan ni kurang sikit si Qhalief menyusu...

Pump punya pump sambil tersengguk2 dah nak terlelap..sedar2 dah penuh 1 botol..amik botol kedua sambung pump...Alhamdulillah dapat lg 3oz..so total 8oz..Alhamdulillah Allah bg rezeki pada anak walaupun mama nya satu hari suntuk smlm tak jamah mknn berat lgsg..cuma makan kuih2 jer siangnyer..dengan badan yg super keletihan..Alhamdulillah masih ada rezeki utk anak byk itu untuk sekali pump dikala umur anak dah 1 tahun..

Subuh td kul 4am dah terjaga utk kejutkan En suami dan siapkan bekal anak2 utk bawak umah BS..lps sattle semua pump lg utk balance lg 7oz yang perlu disediakan utk Qhalief..Sekali lagi set dalam minda cakap cukup..pasti cukup...Alhamdulillah pump subuh td dapat lg 8oz..Alhamdulillah syukur cukup utk bekalan susu Qhalief hari ni...Total dapat 16oz dari 2 sesi pump..Syukur..

Moral of the story...sbnrnya apa yg kita fikirkan & pahatkan dalam minda kita..In Shaa Allah itu lah yg akan jadi & akan kita dapat..kalau kita pernah dgr minda bawah sedar..itulah yg menggerakkan diri kita kearah sesuatu matlamat tu..Mind Set kita menggerakkan jiwa & tubuh kita kearah apa yg kita fikirkan..

So...jom la kita set minda kita pada sesuatu yg positif & buangkan jauh2 dr minda kita perkara2 yg negatif..In Shaa Allah pasti perkara2 positif sahaja yg akan datang..berhenti cipta alasan kerana alasan hanya akan membantutkan matlamat yg kita impikan selama ini..

KITA BOLEH..YAKIN BOLEH..KITA PASTI BOLEH...

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau keahlian Shaklee..Boleh hubungi mama yer..:)

Salam Sayang..
Mama to 2 little Hero..
Razila Razak
010.5369710