Allah SWT telah menciptakan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Bukti2 saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula.Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka.
Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233)
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Sayangnya ramai ibu di luar sana yang ambil remeh dan menidakkan hak anak untuk mendapat susu yg terbaik dari si ibu..pelbagai alasan sering kita dengar dr ibu2..So hari ni mama nak share cara2 penyimpanan susu ibu perahan untuk ibu2 bekerja supaya tiada alasan lg bagi ibu yg bekerjaya untuk memberikan hak yang sewajarnya pada anak2 kita untuk mendapatkan susu ibu walaupun ibu sebok bekerja..
Untuk menyimpan susu ibu perahan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.
- Gelas atau plastik keras (BPA Free) adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
- Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Tips:
- Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
-
Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam
dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam,
dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
- Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
- Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat berbanding Susu Formula.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee/Konsultation atau keahlian Shaklee..PM/Wasap saya..
Lets Be Healthy & Wealthy Malaysian with Shaklee..
Razila Razak..
010.5369710