Monday, 23 June 2014

Mind Set : Kuasa Minda Bawah Sedar Yang Kita Tidak Sedar..

Assalamualaikum & Selamat pg..



Hari ni belajar something yg br dr pengalaman sendiri..
Pentingnya mind set kita..
Kalau kita yakin boleh..pasti kita boleh..
tp bila ada jer alasan utk capai satu matlamat tu..
pasti akan ada halangan..
So berhenti dari cipta pelbagai alasan..
Alasan hanya akan membantutkan matlamat Kita

Kisahnya..

En suami last minit tau kena pergi meeting Batu Pahat hr ni..So kelam kabut dr bukak cradle petang tu dari rumah izwa..hantar anak2 gi rumah mama dulu sbb nak loading barang2 cradle..lepas tu loading brg cradle kat rumah adik..balik rumah ukay perdana amik baju utk anak2 & baju kerja sbb nak tido umah mama..Esok en suami kena gerak pukul 5pg sbb meeting kat Batu Pahat start 9am..so esok pergi kerja ngan abah dari umah mama..

Kemas punya kemas rasa mcm semua dah lengkap..Last2 masa dah sampai rumah mama baru realize susu utk Qhalief bawak ke rumah Babysitter hari ni tertinggal.Aduh..tepuk dahi..masa tu pun dah pukul 12.30am..Badan pun letih amat dah.. Nak suruh en suami balik rumah ukay blk amik kesian pulak..esok (hari ni) nak kuar kul 5 pagi..so dengan gigihnya terus pump walaupun badan sgt letih..Tp mind set fikir susu banyak..mesti cukup utk besok..kena cukupkan 3 botol 5oz utk Qhalief...Alhamdulillah since dah makan ni kurang sikit si Qhalief menyusu...

Pump punya pump sambil tersengguk2 dah nak terlelap..sedar2 dah penuh 1 botol..amik botol kedua sambung pump...Alhamdulillah dapat lg 3oz..so total 8oz..Alhamdulillah Allah bg rezeki pada anak walaupun mama nya satu hari suntuk smlm tak jamah mknn berat lgsg..cuma makan kuih2 jer siangnyer..dengan badan yg super keletihan..Alhamdulillah masih ada rezeki utk anak byk itu untuk sekali pump dikala umur anak dah 1 tahun..

Subuh td kul 4am dah terjaga utk kejutkan En suami dan siapkan bekal anak2 utk bawak umah BS..lps sattle semua pump lg utk balance lg 7oz yang perlu disediakan utk Qhalief..Sekali lagi set dalam minda cakap cukup..pasti cukup...Alhamdulillah pump subuh td dapat lg 8oz..Alhamdulillah syukur cukup utk bekalan susu Qhalief hari ni...Total dapat 16oz dari 2 sesi pump..Syukur..

Moral of the story...sbnrnya apa yg kita fikirkan & pahatkan dalam minda kita..In Shaa Allah itu lah yg akan jadi & akan kita dapat..kalau kita pernah dgr minda bawah sedar..itulah yg menggerakkan diri kita kearah sesuatu matlamat tu..Mind Set kita menggerakkan jiwa & tubuh kita kearah apa yg kita fikirkan..

So...jom la kita set minda kita pada sesuatu yg positif & buangkan jauh2 dr minda kita perkara2 yg negatif..In Shaa Allah pasti perkara2 positif sahaja yg akan datang..berhenti cipta alasan kerana alasan hanya akan membantutkan matlamat yg kita impikan selama ini..

KITA BOLEH..YAKIN BOLEH..KITA PASTI BOLEH...

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau keahlian Shaklee..Boleh hubungi mama yer..:)

Salam Sayang..
Mama to 2 little Hero..
Razila Razak
010.5369710

Tuesday, 17 June 2014

Kehamilan: Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak



Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.


Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.


Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

sumber:Pa & Ma

SET IBU HAMIL SHAKLEE
Untuk sebarang pertanyaan tentang Set Ibu Hamil Shaklee..Pm/whatsapp utk konsutasi lanjut..
Juga sekiranya anda berminat utk menjadi Ahli Shakleeseterusnya menjana pendapatan dengan Shaklee..PM saya segera..Terdapat tawaran istemewa buat anda sepanjang June ini..

Razila Razak
010.5369710

Wednesday, 11 June 2014

Bahaya kolesterol di dalam badan


Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?


 

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Shaklee telah mengeluarkan satu produk yang baru dilancarkan pada 7 June 2014 yg lalu khusus utk mereka yg ada masalah kolestrol..menurut kajian lebih 6juta rakyat Malaysia alami masalah kolestrol yg tinggi & tidak sihat dlm darah..

Fungsi Phytocol adalah membantu utk menghalang penyerapan kolestrol & merendahkn kolestrol LDL(kolestrol jahat)


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee/Konsultasi atau keahlian Shaklee..PM/Wasap saya..

Lets Be Healthy & Wealthy Malaysian with Shaklee..

Razila Razak..
010.5369710

 

Nutriferon Cinta Baruku : Imun Booster Terbaik..


Hari tu masa NC..Shaklee ada bg 2 sachet Nutriferon dlm goodie bag..So dapatla 4 sachet sbb dpt 2 goodie bag..Sebelum ni saya mmg belum pernah try Nutriferon sbb lbh bergantung pada Vitamin C & Garlic untuk boost system imun..

Nak dijadikan cerita, Si anak bujang sulung saya Qayyum pulak mmg alergy & aczema dia tgh naik sgt2..Tak sampai hati tgk muka dia teruk sgt naik aczema.. So saya pun terfikir nak try bg dia Nutriferon..x byk..cuma 1/4 sachet dibancuh dgn susu dia..start bg hari Ahad hari tu..pagi (rabu) td belek2 muka dia..dah licin sikit dah..dah kering aczema dia..plus selsema dia pun berkurang..Alhamdulillah..So nampaknya saya dah jumpa supplement baru utk Qayyum..sblm ni saya cuma bg dia Omega Guard & Mealshakes jer..Tp kena make sure la anak juga minum air suam byk..Nasib anak bujang mama mmg suka minum air suam..

Oh ya..lupa..smlm pun sy try telan 1 sachet Nutriferon sbb sakit sgt kepala & teringat pulak yg anak bujang kecik pun selsema...sbb anak bujang fully breastfeed..so mamanyer la yg kena telan Nutriferon..Alhamdulillah bgn pagi td dah segar sikit dari smlm..Lepas ni sy nak konsisten ambil Nutriferon utk family kecil sy..Almaklum..suami ada asthma..anak bujang sulong ada aczema..baby pulak kecik lg & mmg perlukan imun booster utk atasi jangkitan penyakit yg tah mcm2 skrg ni..

Siapa lg yg perlukan Nutriferon?

  1. Ibu menyusu
  2. Mereka yang kerap demam & Sakit
  3. Mereka yg sering terdedah kepada persekitaran yg kurang sihat
  4. Mereka yang aktif
  5. Mereka yang inginkan kesihatan yang hebat
  6. Mereka yang sukakan kecantikan & awet muda..
 

*These statement have not been evaluated by Food & Drugs Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure, or prevent any disease. 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk/keahlian Shaklee atau berminat untuk jana pendapatan dari rumah..Boleh berhubung dengan saya.

Razila Razak
010.5369710
Fb page: Mama & Little Q
Email: mama.littleq@gmail.com