Wednesday, 18 January 2012

Keperluan Kalsium@OsteMatrix Shaklee

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan.  Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1.  Osteoporosis kepada orang dewasa,
     Sejenis penyakit tulang yang menyebabkan pengurangan ketumpatan tulang diakibatkanoleh kekurangan   kalsium.  Ia akan menyebabkan tulang mudah patah kerana keadaan tulang yang poroi (banyak rongga).

2.  Rickets kepada kanak-kanak,  
     Kepada kanak-kanak kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang boleh  menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang.

3.  Kejang otot pada muka, tangan dan kaki,

4.  Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur dan

5.  Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa

Jumlah pengambilan yang disyorkan
Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari. Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding orang biasa. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing.  Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal.Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan. selain itu,sumber kalsium juga boleh didapati dr suppliment bg mereka yang tidak gemarkan produk tenusu,alah laktose dan bagi mereka yang kurang mengambil makanan2 yang tinggi jumlah kalsium.
OsteMatrix (Calsium-Magnesium) 

Apa kelebihan OsteMatrix ( Calsium -Magnesium) Shaklee?

Anda memerlukan lebih dari kalsium semata2 untuk membina tulang yang kuat.OsteMatrix Shaklee ini didatangkan lengkap dengan Magnesium,Vitamin D dan banyak lagi bagi memastikan kesan optimum dalam pengambilan Ostematrix ini.
  • 1000mg (100% pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  • 400mg(100% pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D meransang penyerapan Kalsium.
Fungsi OsteMatrix:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pengecutan otot dan perlancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom2 senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air,mudah meradang dan kemurungan.


Siapakah yang memerlukan OsteMatrix?
Sekiranya anda mempunyai simptom2 seperti di bawah ini..Anda mungkin memerlukannya:

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
 OsteMatrix dan Saya

OsteMatrix adalah antara vitamin favourite saya selain ESP dan GLA..mengikut pengalaman saya, saya akan jadi lebih segar apabila bgn dr tidur apabila saya mengambil Oste sblm tdur..Sebagai ibu yang bekerja dan tidak mempunyai maid,semua kerja rumah adalah menjadi tanggungjawab saya. Namun ostematrix dan suppliment2 yang lain membantu saya kekal bertenaga untuk melakukan segala tugasan di rumah selepas seharian di opis..tambahhan lagi,selepas saya mengamalkan ostematrix sistem perkumuhan saya juga bertambah baik dan menjadi lebih lawas..Selain itu,selepas pertama kali kedatangan haid  selepas bersalinkan Qayyum,saya mengalami masalah susu saya merundum..namun selepas mengambil ostematrix, masalah itu dapat saya atasi..Ini kerana Kalsium diperlukan untuk pembinaan saraf , tulang dan gigi...maka pengambilan kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat serta saraf berfungsi dengan baik.Alhamdulillah saya dapat byk manfaat selepas sy mengamalkan pengambilan suppliment ini..

Bagi yang belum mencuba Ostematrix Shaklee ini,saya syorkan anda mencubanya..Insyaallah anda akan berpuas hati..anda juga boleh hadiahkan ia pada insan2 yang anda sayangi..hubungi saya di 010-5369710 atau emailkan di mama.littleq@gmail.com untuk tempahan atau pertanyaan..konsultasi adalah percuma jika pembelian dibuat dengan saya..


Semoga Kita semua sihat selalu:)
Salam Sayang
Mama & Little Q

credit to:www.anakkuwiraku.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 12 January 2012

Family Wellness Programme

Apakah set yang paling sesuai untuk seisi keluarga?


Kami di Shaklee memperkenalkan Family Wellness Set yang terdiri daripada Energizing soy protien [ESP], B complex, Vitamin C dan Vitalea.

ESP adalah protien. Protien berfungsi dalam pembinaan sel badan kita, Sumber protien boleh didapati dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protien adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Protien hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Protien mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas apabila suhu melebihi suhu badan manusia. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protien sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protien. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain. ESP merupakan antara suppliment favorite saya sbb saya dapat byk kesan positive dr pengambilan ESP..antaranya, saya dapat rasakan kulit saya sentiasa lembab kerana saya mempunyai masalah kulit kering dan bersisik, jeragat dimuka saya juga semakin berkurang dan yang plg best ialah eczema my lil qayyum pun berkurang hasil dari nutrisi yg sy salurkan melalui susu ibu..saya juga sentiasa merasakan payudara cepat penuh bila sy amalkan ESP secara istiqamah.




Vitalea dengan formula zat besi
Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah. Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vitalea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.



B complex
B compleks amat sesuai bagi mereka yang mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang , merokok dan keletihan melampau. Maka B complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian..

Vitamin C
Tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja? Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.

Set Family Wellness Shaklee ini amat sesuai diambil untuk seisi keluarga. Berikan kesihatan yang baik buat keluarga anda.


Untuk keterangan lanjut email kepada saya di mama.littleq@gmail.com atau sms kan kepada saya 010-536 9710 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari saya.

Love,Xoxo
Mama&LittleQ



Wednesday, 11 January 2012

Set C - Set Untuk Ibu Bersalin / Pembedahan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan tentang set berpantang/ pembedahan untuk customer sy semua..Terus terang saya tidak berkesempatan mencuba set berpantang ini kerana saya hanya mengenali Shaklee selepas 4bulan melahirkan..saya bermula sengan set penyusuan Shaklee dan saya terus jatuh cinta dengan shaklee. Namun, dari feedback dari rakan Euphoria dan customer senior2 Euphoria sendiri, saya yakin set ini adalah set terbaik bagi ibu2 selepas berpantang / pembedahan. so di sini  saya kongsikan info mengenai Set C ini..

Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil. Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.

Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan/ tempat pembedahan. Begitu juga proses pemulihan.
Maka dengan itu, Set C ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan nutrisi bagi ibu2 yang melahirkan. 

Set C ini terdiri daripada:
  • Vita-lea (multivitamin)
  • Vita C
  • B-complex
  • Zinc Complex
Apakah fungsi dan kebaikan setiap vitamin ini??
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Zinc
Ianya sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Zinc disarankan untuk diambil bagi kita dewasa adalah sebanyak 15mg sehari , walau bagaimanapun bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak memerlukan tambahan 10mg berbanding keperluan orang biasa. Apakah makanan yang mengandungi zinc?Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.