Wednesday, 11 January 2012

Set C - Set Untuk Ibu Bersalin / Pembedahan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan tentang set berpantang/ pembedahan untuk customer sy semua..Terus terang saya tidak berkesempatan mencuba set berpantang ini kerana saya hanya mengenali Shaklee selepas 4bulan melahirkan..saya bermula sengan set penyusuan Shaklee dan saya terus jatuh cinta dengan shaklee. Namun, dari feedback dari rakan Euphoria dan customer senior2 Euphoria sendiri, saya yakin set ini adalah set terbaik bagi ibu2 selepas berpantang / pembedahan. so di sini  saya kongsikan info mengenai Set C ini..

Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil. Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.

Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan/ tempat pembedahan. Begitu juga proses pemulihan.
Maka dengan itu, Set C ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan nutrisi bagi ibu2 yang melahirkan. 

Set C ini terdiri daripada:
  • Vita-lea (multivitamin)
  • Vita C
  • B-complex
  • Zinc Complex
Apakah fungsi dan kebaikan setiap vitamin ini??
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Zinc
Ianya sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Zinc disarankan untuk diambil bagi kita dewasa adalah sebanyak 15mg sehari , walau bagaimanapun bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak memerlukan tambahan 10mg berbanding keperluan orang biasa. Apakah makanan yang mengandungi zinc?Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.

No comments:

Post a Comment