Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan
antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.
Sungguh pun terdapat ibu bapa yang menghadkan pengambilan lemak di dalam
pemakanan anak-anak mereka, namun terdapat beberapa jenis lemak yang
perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang
optimum.
Antara kepentingan lemak adalah sebagai sumber
pengangkutan vitamin di dalam badan. Tahukah anda, bahawa antara vitamin
yang larut dalam lemak adalah seperti A, D, E, dan K. Tanpa lemak,
vitamin ini tidak akan mampu untuk dibawa ke dalam sistem badan.
Untuk
mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak
seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali
sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang
perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu
untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati
daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha -
linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting
dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain
itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid)
dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita
akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu
kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam
pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut
menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids.
Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids
adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting
kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide”
turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins
antaranya seperti:
I. Sistem imun badan – yang penting terutamanya di dalam tindak balas alergik.
II. Sistem pencernaan – mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
III. Membaik pulih sel – terutama di dalam pembentukan sel-sel baru.
IV. Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia kekal pada tahap yang normal.
V. Tekanan bendalir – terutama pada bahagian mata dan telinga.
Menurut
Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega – 3 di kalangan
penduduk Malaysia adalah rendah. Namun hal ini dapat di tingkatkan
dengan pengambilan makanan seperti:
1. Minyak soya.
2. Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
3. Minyak ikan kod.
4. Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega –3).
5. Kekacang.
Apa
yang paling penting adalah setiap ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak
mereka untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi
memastikan mereka mendapat sumber khasiat yang seimbang demi
perkembangan yang optimum.
Selain itu,asid lemak omega 3
merupakan antara Asid lemak yg penting untuk kesihatan jantung..
Dengan itu, di Shaklee kami menawarkan Omega Guard untuk tujuan ini..
Asid
Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid
lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu
mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan
fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee
OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.
Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3
termasuk DHA dan EPA.
Size: 90 capsules
Usage per day : 3 capsules utk dewasa
1 capsules utk kanak2 1thn ke atas
Ingredients:
EPA 540mg
DHA 360mg
Omega 3 fatty acids 990 mg
*Bagi
ibu yang menyusu sangat digalakkan mengambil omega kerana dapat
meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu
mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan secara langsung memberi daya
ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Ianya juga membantu memecahkan
lemak di dalam tubuh kita. Sgt berbaloi kerana ianya juga boleh
melansingkan badan:)
Salam Sayang
Mama & Little Q
Razila Razak
sid:858371
No comments:
Post a Comment