Wednesday, 28 March 2012

Keperluan Protein Untuk Tubuh Kita..

Apa itu Protein?
Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan.  Protein ini dibentuk hasil daripada kombinasi 20 sebatian yang berbeza yang dikenali sebagai ‘asid amino’. . Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk membina dan membaiki tisu sel badan manusia.Penggabungan sebatian-sebatian ini akan memberikan kesan yang berlainan. Hasilnya molekul protein ini dapat menghasilkan enzim, hormon, otot, organ dan pelbagai tisu lain didalam badan anda. Terdapat 2 jenis asid amino:

  1. Asid Amino Tidak Penting (non-essential) yang boleh dihasilkan sendiri oleh diri anda
  2. Asid Amino Penting (essential) yang tidak dapat dihasilkan oleh diri anda dan ianya hanya boleh dihasilkan dari makanan yang anda ambil.
Walaupun nilai kalori per gram bagi Protein ini tinggi sedikit berbanding Karbohidrat, tetapi makanan Protein ini lebih mudah diurai oleh tubuh dan tidak disimpan menjadi lemak. Sebaliknya jika anda makan makanan berprotein ia dapat menambahkan lagi otot-otot anda.
Protein ini boleh diperolehi daripada 2 sumber utama, iaitu sumber protein dari haiwan dan sumber protein dari tumbuhan.
Sumber Protein daripada Haiwan – Ia membekalkan Asid Amino Penting. Protein-protein sebegini boleh didapati dari:
  • Daging Merah (Lembu dan Kambing)
  • Daging Putih (Ayam)
  • Ikan (termasuklah minyak ikan)
  • Telor
  • Hasil tenusu
Sumber Protein daripada Tumbuhan -Protein yang dihasilkan oleh tumbuhan mengandungi banyak asid amino. Tetapi tidak satu pun yang dapat membekalkan Asid Amino Penting. Protein-protein sebegini boleh diperolehi dari:
Legume (kacang peas, kacang hijau)
  • Bijirin
  • Kekacang
  • Bijian
  • Produk soya
Dari segi kesihatan anda digalakkan supaya memperbanyakkan mengambil protein tumbuhan berbanding protein haiwan. Kebanyakkan protein haiwan mengandungi lemak tepu ataupun perlu dimasak menggunakan banyak minyak. Banyak kajian mendapati pengambilan daging merah serta daging yang siap diproses akan meningkatkan risiko kanser usus dan perut.
Mana kala sumber protein yang diperolehi daripada tumbuhan, mengandungai rendah lemak serta menyumbang  kepada kandungan serat yang tinggi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain itu, protein dari tumbuhan juga baik untuk kesihatan kerana dapat menghalang pelbagai penyakit. Contohnya antioksida yang terdapat pada kacang soya dapat menghalang penyakit kanser.
Pengambilan protein ini amat penting bagi pembentukan otot serta membaik-pulih tisu-tisu otot yang telah rosak. Dengan kata lain ia amat penting bagi pembentukan serta perkembangan tubuh anda. 
Selain itu, melalui protein ini juga sistem pertahanan badan anda (immune system) iaitu ‘antibody’terhasil. Tanpa adanya antibody ini, diri anda akan mudah terdedah dan diserang dengan pelbagai penyakit. Sebab itu anda digalakkan supaya mengambil protein di dalam menu anda.

Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

ESP mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
ESP Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Apa akan jadi sekiranya tubuh kekurangan protein?
Terdapat beberapa simptom sekiranya tubuh kita kekurangan protein. Antaranya ialah:
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Credit to: www.anakkuwiraku.com

Salam Sayang..
Mama & Little Q

No comments:

Post a Comment