Friday, 23 May 2014

Sarapan Pagi..Jangan dipandang Enteng..

Sarapan pagi adalah suatu perkara yang sepatutnya dijadikan kelaziman pada setiap hari. Ia merupakan satu kemestian yang tidak boleh dipandang enteng. Pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar kita dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.
Ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalaskan perut adalah penting bagi membantu seseorang itu cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari tersebut. Makanan sebagai pemula itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari. 

Apabila kita bangun daripada tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa boleh diperolehi daripada makanan yang kita makan. Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Jadi, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas.

Jadi tidak hairanlah jika kanak-kanak sekolah yang tidak sempat bersarapan akan menjadi kurang aktif berbanding yang bersarapan. Kanak2 yg kurang aktif akan kurang fokus di dalam kelas dan akan mengganggu pembelajaran mereka..

Selain itu, sarapan pagi juga terbukti dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan seseorang. Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan sarapan pagi secara berterusan.

Sarapan pagi tidak dapat digantikan dengan makan tengah hari. Oleh itu cuba usahakan juga mencari waktu untuk bersarapan pagi walaupun hanya dengan segelas susu. Makan lebih pada waktu tengah hari juga tidak dapat menggantikan keistimewaan bagi yang bersarapan pagi. Ini kerana tabiat ini juga akan menimbulkan masalah kesihatan. Tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu. Ini disebabkan tahap kelaparan yang tinggi akibat tidak mengambil sebarang makanan pada waktu sebelumnya menyumbang kepada makan lebih banyak karbohidrat yang dapat memberikan tenaga. Situasi inilah yang menyebabkan seseorang mengambil kalori yang berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada masalah obesiti.

Tidak mengambil sarapan pagi tidak akan bermakna seseorang akan menjadi langsing. Ada segelintir berpendapat bahawa sarapan pagi hanya akan menyebabkan gemuk. Tanggapan picisan ini menyebabkan mereka tidak mengambil sarapan pagi. Mereka telah membuat kesilapan yang besar kerana menganggap pengambilan makanan pada waktu sarapan pagi akan menyebabkan peningkatan dalam pengambilan kalori. Tetapi hakikatnya, sarapan pagi dapat mengelakkan seseorang makan berlebihan apabila tiba waktu makan tengahari.

Ramai di antara kita yang tidak mengambil sarapan pagi kerana membuat alasan waktu yang terhad dan menganggapnya ia tidak penting. Memperuntukkan waktu untuk bersarapan adalah kunci utama kepada permulaan hari yang baik dan kehidupan yang sihat. Maka, pemilihan makanan untuk bersarapan juga perlu dititikberatkan. Penyediaan makanan untuk bersarapan pagi seharusnya tidak menjadi penghalang. Ini kerana penyediaan hidangan yang ringkas dapat membantu seseorang yang kesuntukan masa.
 
Islam menyarankan umatnya agar bersahur apabila hendak berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bagi yang berpuasa, bersahur ibarat mengambil sarapan pagi. Justeru, amalan ini bukan hanya mendatangkan manfaat kepada kesihatan malah ia juga digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban; "Bersahurlah kamu walau dengan seteguk air". Akhirnya manfaat itu akan kembali kepada pengamalnya sendiri. Oleh itu, jangan dipandang remeh waktu bersarapan pagi walau sekadar segelas minuman yang digemari dan sekeping roti juga mampu memberi perubahan yang ketara. Cuba jadikan tabiat bersarapan pagi yang sihat sebagai azam pada tahun baru ini, semoga ia terus menjadi satu amalan yang akhirnya menyumbang kepada kesihatan dan keabdian diri kepada Pencipta.

Di Shaklee kami menawarkan Set Mighty Triple Gem yang sgt mudah disediakan tetapi ianya sgt berkhasiat..Maka dengan set ini tiada lg alasan utk kita tidak bersarapan..


Untuk pertanyaan Lanjut Tentang Produk Shaklee atau keahlian Shaklee..Boleh pm/hubungi saya..

Razila Razak
010.5369710
Fb:Mama & Little Q

No comments:

Post a Comment