Wednesday, 7 May 2014

Tips Menyusu Ketika Berpuasa..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Memandangkan bulan Ramadhan yg tak lama menjengah & ramai ibu2 yg bertungkus lumus mengganti puasa atau puasa sunat di bulan Rejab ni..Mama nak share Tips & panduan bg ibu menyusu ketika berpuasa..Mama pun ader 17hr lg nak mengganti puasa sbb puasa tahun lepas dlm pantang si hero kecik mama..

This year akan masuk tahun ke-4 mama berpuasa as Bf mama..Alhamdulillah masa 1st year berpuasa as bf mama,cukup 30hr penuh mama berpuasa di bulan Ramadhan..susu pun Alhamdulillah seperti biasa & takda masalah even mama berpuasa..masa tu mama fully bf hero sulong mama..si abg Qayyum..Tahun kedua punmasih fully Bf Si Abg Qayyum & yet masih berpuasa penuh kecuali bila hari cik P dtg..Abg Qayyum fully Bf until umur dia 1 thun 9 bln..Stop sbb mama morning sickness teruk masa preggy baby Qhalief..Last year tahun ke-3,mama bersalin baby Qhalief 2 minggu sblm puasa..so 2 minggu start puasa tu x dapat puasa sbb nak menghabiskan pantang..habis jer pantang mama terus berpuasa mcm biasa walaupun mak mertua x benarkan sbb takut mama x larat sbb fully bfkan baby Qhalief..tp sbb mama yakin mama mampu & amalan yg mama amalkan since bf abg qayyum lg..so mama teruskan jugak..Bila niat kita kerana Allah SWT..In Shaa Allah akan dipermudahkan ibadat kita..So ibu2 menyusu diluar sana jgn risau susu merundum bila berpuasa yer..

So lets mama share tips & amalan mama bila berpuasa ek..

Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1. Pastikan pengambilan air kosong cukup 2-3 liter sehari walaupun kita berpuasa..
 Tips mama: Sediakan botol air yg ada indicator..Mama sediakan botol air yg 3L tu and mama make sure mama akan habiskan air dlm botol tu since dari buka puasa hingga ke waktu imsak.


2. Jangan skip sahur. Makan sahur itu sama pentingnya mcm kita breakfast pada hari2 biasa..kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita.

3. Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah.

4. Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protein,glukos & cecair.

5. Amalkan memakan kurma semasa bersahur & berbuka..Gula semulajadi dalam kurma memberikan tenaga buat kita berpuasa.. 

6. Kerapkan menyusu bayi & "JANGAN' skip waktu mengepam walaupun anda berpuasa..

7. Pump susu sblm waktu sahur. Semasa sahur mama amalkan minum susu,3 biji kurma & 500ml air kosong..

8. Buat preparation seawal 1-2 bulan awal sebelum datangnya Ramadhan utk mengumpul stock bg keperluan bayi ketika kita berpuasa kerana kadangkala susu ibu akan merudum sedikit ketika kita berpuasa..

9. Jika perlu..ambil supplement bg memastikan kita sentiasa bertenaga & sehat walaupun kita berpuasa..Mama amalkan SET 3M (Making More Milk) Shaklee & tambahan Perfomance Drink bg membantu mama mengurangkan dehidrasi & membekalkan tenaga semasa berpuasa..

10. Yang teramat penting sekali..Mohonlah pada Allah SWT agar perjalanan ibadah puasa kita berjalan lancar tanpa ia memberi kesan pada proses penyusuan kita.Sesungguhnya segala rezeki adalah dari Allah SWT.. 
 
Doa lah: “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

11. Amalkan zikir2 yang dapat membantu memberi kita ketenangan & utk mengelakkan tekanan semasa berpuasa..Ini kerana..ada sesetengah ibu yg panic bila susu merosot sedikit bila ibu mula berpuasa..perasaan stress & tekanan ini akan lbh membuatkan proses penghasilan susu terganggu & akan menyebabkan susu akan terus merundum..

Ok..itu saja tips dari mama..mommies suma bole la cuba amalkan mcm yg mama amalkan..In Shaa Allah kalau mummy suma istiqamah..hasilnya dapat membuatkan mummy mampu tersenyum..Alhamdulillah sepanjang 3 tahun berpuasa as bf mama ni,semuanya berjalan lancar..

Selamat mencuba mommies semua & semoga perjalanan penyusuan kita dipermudahkan sepanjang Ramadhan nnt..
*Bg yg nak share tips cara pengambilan supplement & supplement apa yg mama ambil semasa bulan ramadhan..Jgn malu2 pm mama ek..mama happy dapat bantu ibu2 yg nekad nak susu kan baby walau apapun dugaan yg dtg..Jgn cepat putus asa yer mummy..


Salam Manis dr Mama,
fb page: Mama & Little Q
Razila Razak
010.536 9710

No comments:

Post a Comment